Ringgit diunjurkan lebih teguh minggu depan, dengan dolar AS dijangka mengalami tekanan daripada kegiatan mengambil untung, kata wakil jualan pertukaran mata wang asing RHB Bank, Nur Adeline Baharin.
Beliau berkata mata wang tempatan dijangka bergerak di antara 3.36 dan 3.40 berbanding dolar AS.
Mata wang Amerika itu, yang berada dalam arah aliran meningkat beberapa hari kebelakangan ini, berundur daripada paras tertingginya, disebabkan oleh lebihan belian.